Anda Pelawat Ke-...

web counter

Tuesday, December 1, 2009

Pasrah

Salam..



Kadang itu hidup ini bukanlah seperti yang dijangkakan. Kerana apabila kita merancang, Allah juga merancang. Tapi ingatlah! bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Berkaitan dengan diri ana, tahun depan, ana akan menjadi individu yang baru, iaitu seorang pengawas. Suatu ketika, waktu di tingkatan satu, ana bersekolah di Sekolah Menengah Islam Hira' Jeram. Ana tak nafikan bahawa ana memang menangis apabila masuk sekolah yang berasrama penuh. Menangis bukannya sikit-sikit, tapi teruk. Lama-kelamaan ana menyedari akhlak kakak-kakak dan abang-abang di Hira' sudah mencairkan hati ana. Apabila ana melihat adab-adab mereka, terdetik di hati ana, Ya Allah, Kau telah kurniakan aku sekolah yang cukup sempurna! Walaupun kelengkapan tidak mencukupi seperti sekolah yang ana duduki sekarang. Suatu hari, ana mendapat panggilan talifon dari ibu. "Syahirah, Alhamdulillah, Syahirah dapat masuk SAMTTAJ." Astaghfirullahal-Azim. Ana kaget. Mulut ana terkunci sehingga petang. "Esok, Syahirah balik, lusa masuk sekolah baru." Kata-kata itu terngiang-ngiang di cuping telinga. Malam itu, ana tidak dapat melelapkan mata, menatap dorm yang bakal ditinggalkan, kakak-kakak senior yang sentiasa berhati-hati apabila berbicara, sahabat-sahabat yang menjadi pendorong meneruskan perjuangan. Pagi itu, ana bangun awal, mandi dan pergi ke musolla. Ana beristighfar dengan linangan air mata sambil diikuti dengan alunan dzikir yang dialunkan oleh pelajar banin(lelaki). Berita tentang perpindahan ana ke sekolah lain begitu cepat tersebar. Subuh itu, beberapa orang sahabat duduk disisi, berdzikir dan juga menangis disamping ana. Masa berlalu, ana pulang ke rumah dengan hati yang hiba, menyiapkan barang-barang ke sekolah baru.Tibanya ana di SAMTTAJ, ana agak kekok.Ternyata sekolah yang begitu asing bagi diri ana. Ini kerana, bermula darjah satu sehingga darjah enam, ana bersekolah di Sekolah Rendah Hira' Shah Alam. Selangkahnya ana ke dalam kelas satu Zuhud. Ustaz sedang khusyu' mengajar anak muridnya yang juga khusyu' dan tawadu'. Kerana ada diantara mereka yang tertidur. Keletihan agaknya, mungkin kerana tidak dapat membiasakan diri lagi dengan kehidupan di asrama. Setelah ustaz keluar kelas, ketua kelas memanggil ana untuk memperkenalkan diri dihadapan. Sewaktu itulah ana menyedari bahawa di sini bukanlah lagi sekolah hira'. Bahasa perantaraan mereka, bukanlah ana dan anti lagi, tetapi, kau dan aku. Bahasa yang agak kasar bagi ana, menjadi bahasa perantaraan mereka. Tidak malu untuk ana ceritakan, yang ana tidak berhenti-henti menangis, mengaharap ana dapat kembali ke sekolah Hira'. Tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah, ana dapat membiasakan diri ana di sini. Membantu kawan-kawan yang sebenarnya mereka tidak sedar bahawa mereka adalah diantara kapal-kapal yang hampir karam. Ana bukanlah bermaksud yang ana ini terlalu sempurna berbanding mereka, tetapi mereka tidak mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari didalam kelas didalam subjek agama. Jika hendak diikutkan markah, subahanallah! Mantap semuanya, tetapi sayangnya mereka hanyalah mantap dari segi penghafalan, dan bukanlah penghayatan. Contohnya, mereka tidak begitu menjaga adab dan batas pergaulan diantara lelaki dan perempuan. Ana teringat, jika pemimpinnya baik, maka rakyatnya pun juga akan menjadi baik. Jadi, mari kita lihat dari sudut pengawas, yang memimpin para pelajar. Apabila dibuat kesimpulan, pengawas lebih kurang sahaja, membawa barang larangan, bersubahat, membuli dan sebagainya. Tetapi itu bukanlah semua. Ana pasti, mesti ada diantara mereka yang akhlaknya seperti pelajar hira' di SAMTTAJ, walaupun bilangan mereka sedikit. Dan mereka itulah yang akan membangunkan SAMTTAJ seperti hira' kelak. Abang ana pernah kata, bahawa Rasulullah bersabda: 'Maka beruntunglah orang yang terasing.' Memang benar, jika kita membawa sesuatu yang baik dizaman ini, telah pun dianggap asing oleh orang ramai. Ayat itulah yang memberi semangat untuk ana terus hidup dengan diri sendiri. Dengan bimbingan yang diberikan oleh keluarga mahupun kakak-kakak senior hira', sedikit sebanyak dapat membantu ana. Suatu hari, ana terfikir, jika kita jadi pengawas, mungkin orang akan dengar cakap kita, kalau tak banyak, sedikit pun boleh jadi. Bermula hari itu, ana berdoa kepada Allah unuk memberikan yang terbaik buat ana, samada menjadi seorang pengawas ataupun tidak. Hari terakhir persekolahan bagi pelajar tingkatan satu, dua dan tiga telah menjawab soalan ana. Doa ana telah dimakbulkan Allah. Allah telah memilih ana untuk menjadi seorang pengawas. Tetapi, tugas seorang pengawas bukanlah senang seperti yang dijangka. Walaupun ana belum pernah merasainya, tetapi, ana pernah melihat kakak dorm (2008) ana begitu stress apabila dilantik menjadi pengawas. Selalu menangis, tertekan. Jika difikirkan, tahun depan ana akan menduduki peperiksaan besar, (PMR). Semoga Allah memberi kekuatan buat ana dalam mengharungi ujian yang bakal dihadapi oleh seorang insan yang lemah ini. Kita saksikan!

1 comment:

  1. salam syahirah...
    urmm,, terasa la...hehe...
    takde la...tp mmg betul apa yg awk ckp...
    kte sendiri pun kdg2 markah je tinggi tp tak aplikasikan...
    thanks for the remimder...

    wassalam..

    ReplyDelete