Anda Pelawat Ke-...

web counter

Friday, December 18, 2009

Mawaddah Humaira'


Salam..

Setelah sekian lama asyik copy and paste cerita-cerita menarik, kali ini ana nak sambung kembali cerita tentang diri ana. Ini pun sebab ana baru belajar macam mana nak masukkan gambar. Abang ipar ana yang tolong ajarkan, dan kalau nak tahu, dialah yang selalu baca blog ana senyap-senyap. Macam mana ana tahu?? kakak analah yang report. Lagi satu, kakak analah yang suruh ana tulis di blog ala-ala bahasa karangan ni. Lagipun bagus juga, sekali gus ana dapat meningkatkan mutu karangan ana kelak!

Oh terlupa pula gambar di atas tu, nak tahu siapa? Haa.. dialah anak buah ana.. Namanya Mawaddah Humaira' binti Ahmad Faizi. Kak Suahila's baby. Mawaddah lahir pada 16hb April 2009. Semalam, genap umurnya lapan bulan! Sekarang, Mawaddah sudah pandai merangkak, duduk(tak stable pun..), berdiri, tapi dengan pegang something. Panggilan pun sudah berubah, ayah~tok ayah, ibu~tok dadi, ana~ mami syera. Ana sangat gembira bila Mawaddah lahir, memandangkan she is my first niece.. Lagipun, ana anak bongsu. Dari kecil lagi ana beritahu hasrat hati ana pada ibu, yang ana teringin rasa nakkan adik! Tapi hasrat hati itu hanya berlalu begitu sahaja. Tetapi sekarang, ana sudah ada Mawaddah. Ana dah dapat rasa bagaimana nak mandikan bayi, bagi makan, basuh najis.., tukar lampin, dan macam-macam lagi. Seronok! Waktu nak bagi Mawaddah tidur adalah perkara yang agak susah, sebab perlukan masa yang agak lama untuk angkat sehingga Mawaddah tertidur..

Mawaddah jugak dah pandai main tepuk amai-amai:) comel.. tapi, sekarang Mawaddah kena tinggal di nusery sementara mamanya bekerja. Dan insya-Allah, bulan February 2010, Seorang lagi anak buah akan lahir..my first nephew. My brother's son. Suria Affendi. Rasanya itu, sahaja untuk dikongsi hari ini..

Salamukhuwah..

No comments:

Post a Comment