Alhamdulillah.. Syukur dengan Ya Allah, dengan rahmat dan kasih sayangmu dapat lagi hamba meneruskan kehidupan dalam kenikmatan iman dan islam. Assalamualaikum. Hari Ahad, masa untuk pulang ke sekolah setelah bercuti dua hari di rumah, kembali meneruskan perjuangan menuntut ilmu dalam mengenal segala yang baru dari diri yang serba jahil dan kekurangan ini.
Jika kita meminta kepada Allah dengan seikhlas-ikhlasnya, Insya-Allah, Allah akan mendengarnya. Tetapi sebenarnya, jika timbul sesuatu masalah, kita selalu lupa bahawa kita ada Allah yang sedia membantu. Allah itu sangat penyayang. Walau beribu kesalahan yang kita lakukan terhadapnya, dia tetap menerima kita sebagai hambanya. Sentiasalah berdoa dan meminta tolong daripadanya. Insya-Allah, Dia tidak akan mengecewakan kita. Seandainya impian kita tidak tercapai, ingatlah! bahawa ada hikmah disebalik segala yang berlaku. Cuma kita sebagai hamba tidak mengerti, apakah rencana Allah sebenarnya? Walaupun begitu, janganlah kita lupa, bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.
Ya Allah, peperiksaan besar menanti tahun ini.. PMR.. Ana meminta sangat kepada pembaca-pembaca blog yang serba kekurangan ini, doakanlah ana dalam menempuh PMR yang bakal menjelma bulan Oktober ini. Semoga sihat tubuh badan ketika menjawab soalan peperiksaan. Ameen. Rasanya..ana tak boleh lama, mengharuskan diri untuk menyiapkan barang-barang untuk kembali ke asrama. Ana minta maaf kerana posting kali ini mungkin kurang bermanfaat kepada pembaca-pambaca dan insya-Allah, lagi dua minggu ana akan pulang ke rumah dengan dengan tazkirah yang lebih berguna.
Salam Ukhuwah! :)
Saturday, January 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment