Alhamdulillah.. Syukur dengan Ya Allah, dengan rahmat dan kasih sayangmu dapat lagi hamba meneruskan kehidupan dalam kenikmatan iman dan islam. Assalamualaikum. Hari Ahad, masa untuk pulang ke sekolah setelah bercuti dua hari di rumah, kembali meneruskan perjuangan menuntut ilmu dalam mengenal segala yang baru dari diri yang serba jahil dan kekurangan ini.
Jika kita meminta kepada Allah dengan seikhlas-ikhlasnya, Insya-Allah, Allah akan mendengarnya. Tetapi sebenarnya, jika timbul sesuatu masalah, kita selalu lupa bahawa kita ada Allah yang sedia membantu. Allah itu sangat penyayang. Walau beribu kesalahan yang kita lakukan terhadapnya, dia tetap menerima kita sebagai hambanya. Sentiasalah berdoa dan meminta tolong daripadanya. Insya-Allah, Dia tidak akan mengecewakan kita. Seandainya impian kita tidak tercapai, ingatlah! bahawa ada hikmah disebalik segala yang berlaku. Cuma kita sebagai hamba tidak mengerti, apakah rencana Allah sebenarnya? Walaupun begitu, janganlah kita lupa, bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.
Ya Allah, peperiksaan besar menanti tahun ini.. PMR.. Ana meminta sangat kepada pembaca-pembaca blog yang serba kekurangan ini, doakanlah ana dalam menempuh PMR yang bakal menjelma bulan Oktober ini. Semoga sihat tubuh badan ketika menjawab soalan peperiksaan. Ameen. Rasanya..ana tak boleh lama, mengharuskan diri untuk menyiapkan barang-barang untuk kembali ke asrama. Ana minta maaf kerana posting kali ini mungkin kurang bermanfaat kepada pembaca-pambaca dan insya-Allah, lagi dua minggu ana akan pulang ke rumah dengan dengan tazkirah yang lebih berguna.
Salam Ukhuwah! :)
Saturday, January 16, 2010
Friday, January 1, 2010
Siapakah Yang Paling Kejam?!
Assalamualaikum..
Tahun lepas, ketika di dalam Musolla Ar-Raudhah, waktu diantara maghrib dan isya', seorang sahabat ana memberi tazkirah di hadapan musolla. Untuk memberikan tazkirah di hadapan, memerlukan keberanian yang tinggi kerana beliau sedang berhadapan dengan lebih tiga ratus orang pelajar. Tazkirah tersebut begitu terkesan pada diri ana sehinggalah ke hari ini. Cerita tersebut kurang jelas, tapi ana cuba sampaikan dengan sebaik mungkin. Minta maaf kalau ada tertambah atau terkurang apa-apa dalam cerita ni. Ana still lagi tidak tahu sama ada cerita ini benar-benar berlaku atau fiksyen semata-mata.
Pada suatu hari, seorang lelaki mengadakan sebuah pertandingan yang jelas sekali tidak bermoral. Pertandingan tersebut berbunyi " Siapakah yang paling kejam?!". Peserta hanya terhad kepada tiga orang sahaja. Bagaimana ingin menunjukkan siapakah yang paling kejam adalah dengan menggunakan seorang perempuan. Pertandingan bermula!
Tanpa teragak-agak, pemain pertama telah merogol perempuan tersebut tanpa menghiraukan jeritan kesakitan perempuan malang itu. Pemain kedua pula, menghantukkan kepala perempuan yang sama ke dinding sehingga keluar air dari mata (menangis), mulut, telinga dan hidung. Dan akhirnya perempuan malang itu mati begitu sahaja. Manakala pemain ketiga, tidak berbuat apa-apa.
Setelah hakim-hakim membuat keputusan, mereka memutuskan bahawa pemain ketiga adalah pemenangnya. Para penonton begitu hairan, mengapa pemain yang tidak berbuat apa-apa memenangi pertandingan "Siapakah yang paling kejam?." Ini kerana kebenarannya, perempuan malang tersebut adalah adik kandungnya sendiri.
Apa yang dapat dikaitkan cerita ini dengan kehidupan kita ialah, kita adalah sama kejamnya dengan pemain ketiga, jika kita sendiri membeli barang-barang Israel dan tidak mendoakan saudara-saudara kita di Palestin. Mereka adalah umpama perempuan malang tersebut. Janganlah sesekali kita memandang remeh kepada barang yang diboikot. Sedarlah bahawa kejamnya kita terhadap saudara seislam di Palestin sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)