Anda Pelawat Ke-...

web counter

Monday, November 9, 2009

Takziah..

Salamz..

Sebenarnya.. ana nak cerita something yang happy... tapi.. tak sangka kalau ade yang lebih penting dari nie.. jadi ana ceritalah yang ni dulu..
Hari Jumaat lepas, ana ada ikut kem explorace bahasa arab.. malam tue ana rasa sedih sangat! ana pon tak tahu kenapa. sampai hari Sabtu, rasa tue makin menjadi-jadi. So, ana cerita kan la kat seorang kawan ana kat sana. Dia kata maybe sebab tak de orang yang ana betul-betul rapat kat kem tue kot... hmm ana pon cuba iakan... Kalau nak ikutkan dah 3 minggu tak balik rumah.. tak de lah sedih macam nie.. hari Ahad, perasaan tue dah makin hilang..so, ana dah makin yakin dengan apa yang kawan ana cakap, sebab hari tue nak balik rumah..last day.. bile dah sampai masjid negeri shah alam, ayah fetch ana...ayah bawak pergi makan.. lepas pergi makan, ayah tanya..syaira ada mimpi apa-apa malam Jumaat? ana cuba ingat balik..rasenye ada, tapi tak ingatlah apa.. and tiba2 ana teringat nenek..ana tanya ayah..nenek sihat?? lepas tuh ayah tanya, kenapa tetiba syaira tanya nenek?? syaira cakap, saje je, hari tue kan nenek jatuh.. tapi ayah tak jawab.. ana tanya lagi dan lagi sampai tiba2 ana menangis.. sampai rumah ana terus peluk ibu sambil nangis, ana tanya..nenek ok tak ibu?? kenapa ayah, kak wani tak nak bagi tahu.. ana tengok ibu pon nak nangis jugak... Finally ibu slow talk cakap dengan syaira yang nenek dah meninggal hari jumaat dan kebumikan hari sabtu, sekarang barulah ana faham apa yang ana rasa hari tue....Ya Allah! ana betul2 tak sangka hari tu, hari last ana suap nenek! lepas tu ibu tenangkan ana, istighfar, redha yang semua ini sementara...
Bile ana fikir2kan kembali, tak guna ana nangis teruk2 pon, semua tu bukan dapat bagi balik nenek kat ana.. ana cuma dapat doakan, semoga nenek ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh.. ameen.. -al-fatihah-

No comments:

Post a Comment