Anda Pelawat Ke-...

web counter

Saturday, November 14, 2009

My daily activities.

Salam..

Dalam beberapa hari ini internet tak ada. Ibu dan ayah sekarang pergi daurah(kursus). Jadinya tinggallah ana bersama dua orang abang yang tersayang. Abang Hadi dan A.Iskandar. Kalau nak tahu yang mana satu, tengoklah dekat photobucket smile tu. Jadinya tinggal bertiga sahaja. Nak tak nak, kenelah masak juga untuk depa berdua ni. Dua hari lepas masak ayam masak lemak. Alhamdulillah ada rupa, erm rasanya boleh tahanlah. Ana bukan buat kesimpulan sendiri yer.. ana tanya abang-abang ana. Esok paginya, ana masak nasi goreng hot dog! wow peliknya nama.. antara rencahnya ana letak hot dog itupun sebab dah tiada rencah lain. Hot dog pon jadilah! Hidup mesti kreatif! kreatif ker?? :) ana sekarang sepatutnya kena basuh pinggan, tapi ambil kesempatan sekejap alang-alang ada internet. Oh ya! tadi ana pergi sekolah, ambil "report card." Subahanallah! ana tak sangka ana dapat seteruk ini! Ana tidak dapat menerima kenyataan lalu mengurungkan diri di dalam bilik sambil menangis. Ana lagi tak sangka bila ana tahu kena turun class. Ana terkesima. Astaghfirullahal-Azim. Ana mesti fikir positif. Tidak semestinya mereka yang berada di kelas bawah tidak boleh mendapat 9A PMR! So, I must show to ustazah yang dia sebenarnya tersilap letak ana di kelas bawah. Ana tak tahu kenapa, makin ana struggle belajar, makin teruk keputusan ana. Am I study hard and not study smart? Satu soalan muncul di benak fikiranku. But how?? Could anyone please tell me.. tell me how to study smart! Just tuliskan di ruang "comments." I'm hoping.. Anyway, kakak ipar ana dah sampai. So, it's time to wash the dishes, Syahirah! salamukhuwah.

Ikhlaskan dirimu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron lalu menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4.00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.



1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotSi anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya...


p/s: janganlah kita terlalu berkira dengan apa sahaja permintaan atau pertolongan yang pinta oleh ibu kita kerana sesungguhnya segunung emas, permata intan atau berlian tidak akan mampu membayar walau setitis pun darah mereka yang mengalir sewaktu melahirkan kita.. "kasih ibu membawa sehingga ke syurga, kasih ayah membawa ke sepanjang hayat"

Jaga dirimu..

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

Monday, November 9, 2009

Takziah..

Salamz..

Sebenarnya.. ana nak cerita something yang happy... tapi.. tak sangka kalau ade yang lebih penting dari nie.. jadi ana ceritalah yang ni dulu..
Hari Jumaat lepas, ana ada ikut kem explorace bahasa arab.. malam tue ana rasa sedih sangat! ana pon tak tahu kenapa. sampai hari Sabtu, rasa tue makin menjadi-jadi. So, ana cerita kan la kat seorang kawan ana kat sana. Dia kata maybe sebab tak de orang yang ana betul-betul rapat kat kem tue kot... hmm ana pon cuba iakan... Kalau nak ikutkan dah 3 minggu tak balik rumah.. tak de lah sedih macam nie.. hari Ahad, perasaan tue dah makin hilang..so, ana dah makin yakin dengan apa yang kawan ana cakap, sebab hari tue nak balik rumah..last day.. bile dah sampai masjid negeri shah alam, ayah fetch ana...ayah bawak pergi makan.. lepas pergi makan, ayah tanya..syaira ada mimpi apa-apa malam Jumaat? ana cuba ingat balik..rasenye ada, tapi tak ingatlah apa.. and tiba2 ana teringat nenek..ana tanya ayah..nenek sihat?? lepas tuh ayah tanya, kenapa tetiba syaira tanya nenek?? syaira cakap, saje je, hari tue kan nenek jatuh.. tapi ayah tak jawab.. ana tanya lagi dan lagi sampai tiba2 ana menangis.. sampai rumah ana terus peluk ibu sambil nangis, ana tanya..nenek ok tak ibu?? kenapa ayah, kak wani tak nak bagi tahu.. ana tengok ibu pon nak nangis jugak... Finally ibu slow talk cakap dengan syaira yang nenek dah meninggal hari jumaat dan kebumikan hari sabtu, sekarang barulah ana faham apa yang ana rasa hari tue....Ya Allah! ana betul2 tak sangka hari tu, hari last ana suap nenek! lepas tu ibu tenangkan ana, istighfar, redha yang semua ini sementara...
Bile ana fikir2kan kembali, tak guna ana nangis teruk2 pon, semua tu bukan dapat bagi balik nenek kat ana.. ana cuma dapat doakan, semoga nenek ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh.. ameen.. -al-fatihah-

Monday, November 2, 2009

Periksa Habis!

Salamz..


Alhamdulillah dah habis periksa!! Ana harap sangat dapat top-3 Ameen!! doakan yer! skang nie baru dapat markah sejarah.. macam menyedihkan walaupun.. A.. tapi ramai lagi yang tinggi2 markah! tak tahan betul!! Tapikan.. nak tau tak... malam sebelum periksa sejarah tue, ana pening kepala sangat jadi x dapat baca! ya Allah! sedih sangat! 2 bab tak dapat cover!! menduga keimanan! allah je yang tau.. pagi tu pon ana tak dapat baca jugak, sebab sakit perut! perfi bilik sakit, bawak sekali buku sejarah.. tapi tak baca pon.. sentuh pon tak! sebab sakit sangat.. so bila dah kurang, ana cepat2 keluar and baca buku tulah sebabnya ana tak sempat. The Conclusion is, doakan ana in my final exam result.. salamz